Monday, December 29, 2008

1 MUHARAM 1430


Selamat menyambut tahun baru.

Orang yang berjaya ialah orang yang 'hari ini lebih baik dari semalam'

Friday, December 26, 2008

BERLAKU BAIK KEPADA MAKHLUK


Firman Allah SWT: An Nisa':36,

Dan perlu kamu berbuat baik kepada ibubapa, kaum kerabat, anak2 yatim, orang2 miskin, jiran tetangga yang terdekat, jiran tetanga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang2 yang sombong, takbur dan membagga-banggakan diri.

Wednesday, December 17, 2008

TANAH RUNTUH


BERITA “TANAH RUNTUH” DARI RASULULLAH S.A.W.


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu berita yang menggemparkan seluruh negara. Tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa menjadi perbualan hangat dan berita yang paling sensasi sekali.


Tetapi apa yang malangnya jarang sekali berita tersebut dikaitkan dengan petunjuk yang telah disebutkan oleh Baginda SAW dalam peristiwa ini, begitu juga peristiwa-peristiwa yang lain.


Di sini saya ingin mengutarakan Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dari Sayyidatina Aa’isyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:


يَكْونُ في أخِرِ هَذِهِ الأُمَّةِ خَسْفٌ ومَسْخٌ وقَذْفٌ“

Akan berlaku di akhir (zaman) umat ini TIMBUSAN BUMI (TANAH RUNTUH), perubahan rupa manusia dan lontaran (iaitu kehancuran).”A’isyah bertanya : “ Adakah kami dibinasakan sedangkan ada dari kalangan kami orang-orang yang soleh?”


Baginda menjawab:

نَعَمْ اِذا ظَهَرَ الخُبْثُ“

Ya Apabila lahirnya (tersebarnya) kemaksiatan”

(riwayat Tirmizi Hadis No 2186)


Pengajaran hadis:

1. Tanah runtuh merupakan peristiwa yang telah di beritakan oleh baginda SAW yang akan berlaku di akhir zaman.

2. Berleluasanya maksiat adalah punca kemurkaan Allah sehingga diturunkan bala seperti ini.Wallahua’lam


Ust Khairul AzmiDarul Fikri
Rujukan
Mukhtashor Sunan At Tirmizi, Syaikhuna Dr Mustafa Al-Bugha

Sunday, December 7, 2008

GOLONGAN MANUSIA

Al Khalil bin Ahmad berkata, manusia itu ada empat jenis:

1. Orang Alim: Orang yang berilmu dan tahu bahawa dia berilmu, maka ikutilah dia.
2. Orang Tidur: Orang yang berilmu tetapi dia tidak tahu bahawa dia berilmu, maka bangunkanlah dia.
3. Orang yang memerlukan bimbingan: Orang yang jahil dan tahu bahawa dia jahil, maka bimbing dan ajarilah dia.
4. Orang Bodoh: Orang yang jahil tetapi dia tidak tahu bahawa dia jahil, maka waspadalah terhadapnya.

Saturday, December 6, 2008

Musim Hujan

Musim hujan datang lagi, antara makanan popular pada musim hujan.

a) Ikan Darat (puyu, haruan, sebarau, merah pipi, selat dll)
b) Ubi (ubi kayu, ubi stelo, ubi badak, ubi itik, ubi keling dll)
c) Pulut (cicah nyior, ikan kering dll)

Selamat Hari Raya Aidiladha


Pixel Code Graphics

Thursday, November 20, 2008

MASUK JAWI

(gambar hiasan)



Cuti sekolah datang lagi, kesempatan ini diambil oleh anak2 untuk melakukan berbagai aktiviti.


Bagi negeri2 pantai timur yang telah dilanda hujan, anak2 ini bersuka ria di baroh/parit. Mereka mandi, memancing, menahan pukat dan menahan tauk.




Aktiviti begini dapat mematang dan menambah jati diri anak-anak kampung. Namun begitu ada sekumpulan anak2 terpaksa melihat saja rakan-rakan mereka bersukaria di baroh, kerana mereka kena 'masuk jawi'


Wednesday, November 19, 2008

CIRI-CIRI/TANDA2 ORANG YANG MENDAPAT KEBAHAGIAAN DUNIA


Tujuh petanda kebahagiaan dunia


Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :
1.Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
2.Al azwaaju sholihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
3.Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
4.Albiiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
5.Al maalul halal, atau harta yang halal
6.Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
7.Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.


Dipetik dari:

Sunday, November 16, 2008

KEAGUNGAN DAN KEKUASAAN ALLAH SWT

Firman Allah SWT:

الله لا اله الا هؤ الحى القيؤم لا تأخذه سنة ؤلا نؤم له ما فى السمؤت ؤما فى الارض من ذا الذى يشفع عنده الا باذنه يعلم ما بين ايديهم خلفهم ؤلا يحيطؤن بشىء من علمه الا بما شاء ؤسع كرسيه السمؤت ؤالارض ؤلا يؤده حفظهما ؤماؤهؤ العلى العظيم
(Surah al Baqarah:Ayat 255)

Maksudnya: “Allah,tiada tuhan(yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup kekal berterusan, tidak mengantuk dan tidak tidur.Milik-Nya apa yang ada dilangit dan dibumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya, Allah mengetahui apa-apa yang ada di hadapan dan di belakang manusia dan mereka tidak mengetahui apa-apa daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi;tidak berasa berat memelihara kedua-duanya. Dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya) lagi Maha Besar (kekuasaanNya).”

KELEBIHAN MENGAMALKAN AYAT KURSI

Orang mukmin yang mengamalkan ayat kursi dalam kehidupan seharian akan memperoleh beberapa kelebihan tetentu.Antaranya adalah:

a.terhindar daripada bala dan bencana.
b.terhindar daripada ganguan syaitan,jin dan manusia.
c.memberi ketenteraman kepada jiwa dan perasaan.
d.pahalanya sama seperti membaca satu per empat al-Quran.

Saturday, November 15, 2008

ARAK DAN JUDI MEMUSNAHKAN KEHIDUPAN


FIRMAN ALLAH SWT (AYAT 219 SURAH AL BAQARAH) YANG BERMAKSUD:


"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah kedua-duanya dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya pula kepadamu, apa yang mereka belanjakan(dermakan) Katakanlah (Dermakanlah apa-apa) yang lebih daripada keperluan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir."


Keburukan arak dan judi


1. Lalai daripada mengerjakan perintah Allah SWT

2. Lupa tanggungjawab terhadap keluarga masyarakat dan negara.

3. Merosakkan akal fikiran dan kesihatan.

4. Melahirkan manusia yang malas berusaha.

5. Mudah terjebak dengan perbuatan keji dan maksiat.

6. Berlakunya perkara jenayah dalam masyarakat

7. Menjadi punca pergaduhan.

8. Masyarakat jadi porak peranda

9. Masyakat dan negara mundur


Hikmat Pengharaman Arak dan Judi


a) Terhadap individu


i) Melahirkan individu yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah S.W.T.

ii) Melahirkan individu yang sihat, cergas, berdisiplin, dan bertanggungjawab.

iii) Dapat menyumbangkan tenaga dan idea kepada keluarga, masyarakat dan negara.


b) Terhadap keluarga:


i) Mewujudkan keluarga yang bahagia

ii) Kebajikan dan keperluan keluarga terjamin

iii) Anak-anak mendapat pendidikan yang baik.


c) Terhadap masyarakat:


i) Masyarakat dapat membangun dengan baik

ii) Hubungan baik dalam kalangan anggota masyarakat terjalin.

iii) Mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni.


d) Terhadap negara:


i) Negara dapat membangun dengan terancang

ii) Negara berada dalam suasana aman dan makmur

iii) Keselamatan negara terjamin.

Monday, October 27, 2008

KELEBIHAN ORANG YANG BERIMAN DAN BERTAQWA


1. Sentiasa mendapat dan diberi petunjuk oleh Allah SWT.

2. Diberi penyelesaian dari masalah yang dihadapi.

3. Mendapat rezeki dari sumber yang tidak terduga.

4. Dipermudahkan dalam segala urusan.

5. Dikasihi oleh Allah SWT serta malaikat dan manusia.

6. Mendapat keberkatan dalam kehidupan.

7. Mendapat perlidungan dari Allah SWT dari bala bencana.

8. Mendapat kemenangan.

9. Terpelihara dari tipudaya musuh-musuh.

10. Diberi petunjuk untuk membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

Wednesday, October 22, 2008

DOA

Menolak segala kemungkaran

بسم الله الذي لايضر مع اسمه شيء فى الارض ولا فى السماء وهو السميع العليم

“(Aku berlindung, ya Allah) dengan namaMu daripada segala kejahatan yang keluar dari bumi mahupun yang datang dari langit (yang ada di hadapanku mahupun yang ada di belakangku) Engkaulah yang maha mendengar dan Engkaulah yang maha mengetahui “

Monday, October 20, 2008

WANITA CEPAT TUA ?


Mengikut pemerhatian orang-orang alim (para sarjana) ada beberapa perkara/amalan yang menyebabkan seseorang itu menjadi cepat tua.


1. Stres yang berlebihan/tidak pandai menangani/mengurus stres.

2. Minum minuman keras/arak/air kencing setan.

3. Kurang aktif, banyak tidur.

4. Makan banyak makanan yang berlemak.

5. Menghisap rokok.

6. Udara tidak segar, terperap dalam rumah.

7. Terdedah kepada panas terik matahari.

8. Tidak cukup tidur.

9. Berat badan berlebihan.

10. Kadar gula yang berlebihan.

11. Muka yang masam/tidak ceria.


Elakkanlah perkara2 tersebut, insyaallah anda kelihatan muda dan ceria.

Friday, October 10, 2008

ADAB TERHADAP IBUBAPA


1. Beri perhatian apabila mereka bercakap

2. Ikutilah suruhan dan nasihat mereka

3. Apabila mereka memanggil, sahutlah dengan segera.

4. Lahirkan kasihsayang terhadap mereka.

5. Janganlah memaksa mereka memenuhi kehendak kita.

6. Jangan sesekali mengungkit kebaikan kita terhadap mereka.

7. Jangan memandang mereka dengan perasaan marah dan bermasam muka.

8. Jangan membohongi mereka.

9. Jangan memperlekeh dan mempermainkan mereka.

10. Mendoakan mereka dengan keampunan dan kerahmatan samada mereka masih hidup atau

telah meninggal dunia.

11. Menjaga mereka apabila mereka telah tua dan uzur.

Saturday, September 27, 2008

Panduan Ringkas Ziarah Kubur

Di musim raya ramai umat Islam menziarah kubur, jadi marilah kita menjaga adab2 ketika menziarah kubur.

1. Betulkan niat kita sewaktu menziarahi kubur. Dianjurkan ketika pergi untuk ziarah kubur hadir dalam benak kita rasa takut kepada ALlah, merasa diawasi olehNYA dan hanya bertujuan mencari keredhaanNYA semata.

2. Berilah salam kepada penghuni kubur.

3. Mendoakan kepada penghuni kubur agar mereka diampunkan dosa oleh ALlah serta diberikannya kesejahteraan/keselamatan dalam kubur.

§ Keselamatan(salam) semoga terlimpah kepada para penghuni (kubur) dari kalangan orang-orang mukmin dan muslim semoga Allah merahmati orang-orang yang telah mendahului (meninggal) diantara kami dan yang belakangan, insya Allah kami semua akan menyusul (Anda) (lafazh ini berdasar riwayat Imam Muslim)

Jangan buat..

1. Jangan mintak / memohon kepada penghuni kubur agar dapat memberi pertolongan, murah rezeki dan hajat-hajat lain. Nie dah jadi puja kubur.....syirik dan rosak aqidah.

2. Jangan duduk atas kubur, apatah lagi melintas atas kubur(mayat di bawah).

3. Jangan jadikan kubur tempat solat.

4. Jangan ambik batu, kain kafan dan lain-lain untuk dapat berkat.

5. Berborak kosong, menghisap rokok dan lain-lain yang dilarang dan maksiat.

6. Menyelesaikan hajat(kencing).

7. Jangan membangunkan binaan di atas kuburan. Pacakkan pokok-pokok hidup. Janganlah buang segala rumput-rumput sehingga gondol.

(bacaan lanjut di yusofembong blogspot)

Friday, September 26, 2008

RAYA RAYA JUGAK TAPI JGN BUAT YANG HARAM


1.Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita (yang bukan mahram) secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan


2.Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah.


3.Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.


4.Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.


5.Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri.


6. Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.


7. Makan minum yang membazir serta menunjuk-nunjuk.


Marilah kita menyambut dengan bersederhana dan berusaha mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.


(bacaan lanjut : yusofembong.blogspot)

Monday, September 22, 2008

ADAB DOA 2



(dipetik dari zahazan blog)


1. Berdoa dengan ikhlas kepada Allah .

2. Memulakan dengan pujian kepada Allah , diikuti dengan salawat ke atas Nabi saw. Sekurang-kurang kalimah pujian kepada Allah dan selawat adalah AlhamdulilLah dan wassalatu wassalam ala Rasulillah:

3. Mengakhiri Doa dengan Pujian kepada Allah dan salawat kepada Nabi saw juga.

4. Bersungguh-sungguh ketika berdoa , menghadirkan hati dan meyakinkan diri pada penerimaannya oleh Allah swt .

5. Berdoa dengan khusyu’ dan rendah diri .

6. Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat ke dua tangan .

7. Berdoa dengan sabar menanti Dimakbulkan Allah . Sikap terburu-buru mengakibatkan Doa ditolak .

8. Sentiasa berdoa pada setiap masa,samada ketika senang atau susah. Perkara ini berdasarkan firman Allah swt dalam surah al-Anbiya` ayat 60 yang bermaksud : Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah).

9. Tidak berdoa tentang perkara keburukan, seperti mendoakan kecelakaan bagi orang lain dan memutuskan silaturrahim. Nabi saw bersabda yang bermaksud : Doa seseorang hamba akan sentiasa dikabulkan selama dia tidak berdoa untuk berbuat dosa atau memutuskan silaturrahim ...( HR Muslim)

10. Tidak berdoa pada tempat maksiat.

11. Merendahkan suara , kerana Allah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 205 :Maksudnya : Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

12. Berdoa dengan mengulangkan Ya Rabb sebanyak 3 kali . Diriwayatkan daripada Atha` ra , beliau berkata , tidaklah seseorang hamba mengatakan Ya Rabb sebanyak tiga kali , melainkan Allah akan mendengar permintaannya . Al-Imam Malik pernah ditanya tentang panggilan kepada Allah dalam doa , jawab beliau katalah : Ya Rabb , kerana itulah panggilan para Nabi as kepada Allah dalam munajat mereka .

13.Doa juga perlu selalu diulang-ulang. Baginda selalunya mengulangi satu-satu doa sebanyak tiga kali.

14. Mengadap ke arah kiblat .

15. Mengangkat ke dua belah tangan semasa berdoa

16. Berdoa dalam keadaan Berwudhuk .

17. Hendaklah bertaubat serta beribadat kepada Allah sebelum memohon hajat.

18. Tidak bersajak dalam berdoa dengan tujuan diperindahkan bagi orang yang mendengarnya .

19. Menggunakan ayat yang ringkas tapi padat dengan makna ( al-jami’).

20. Menyeru Allah swt dengan nama-namaNya yang mulia iaitu Al-Asmaul Husna .

21. Makanan dan Minuman mestilah dari sumber yang halal , kerana Allah menolak doa oleh orang yang makan dan dibesarkan dari sumber yang haram.

22. Hendaklah melakukan Al-Amru bil Ma’ruf wan Nahyi anil Munkar . Sabda Nabi saw yang bermaksud : “Demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya, hendaklah kalian menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perkara yang munkar atau , jika kalian tidak melakukannya Allah akan menurunkan siksa kepada kalian , hingga apabila kalian berdoa kepadaNya , tetapi tidak dimakbulkan”.( HR at-Tirmizi, dianggapnya sebagai hasan)

23. Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan bagi orang yang lain.

24. Menghimpunkan anak-anak jari kesemuanya melainkan jari ibu kerana kesemua itu menghimpunkan kebaikan dunia dan akhirat.

25. Menyapu Muka Dengan tangan Selesai Berdoa . Umar bin Khattab pula menceritakan, apabila baginda mengangkat kedua belah tangannya berdoa, baginda tidak akan menjatuhkannya sehinggalah disapu mukanya dengan kedua belah tangan tersebut. (HR at- Tirmizi dan al-Hakim)

26. Mengaminkan Doa yang dibacakan .

Sunday, September 21, 2008

Lailatul Qadar

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat)

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah

(bacaan lanjut di www.zaharuddin.net)

Friday, September 19, 2008

Jagalah Adab Membaca AlQuran


(Dipetik dari zahazan blog)


Adab-adab membaca al-Quran sebagaimana disenaraikan oleh Al-Nawawiy dalam Al-Tibyan Fi Adab Hamalitl Quran :


1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.

2. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.

3. Membaca dalam keadaan berwudhuk.

4. Mengadap ke arah kiblat.

5. Memulakan dengan at-Ta’awwuz.

6. Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat.

7. Membaca dengan suara yang merdu dan kuat.

8. Memuliakan al-Quran.Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa.

9. Membaca ayat-ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.

10. Beramal dengan ajaran al-Quran itu.

11. Sentiasa membaca al-Quran terutamanya pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu.

Thursday, September 18, 2008

Wednesday, September 17, 2008

HARTA




HARTA PENYEBAB NIKMAT atau NIQMAT DI AKHIRAT



a- Harta jadi penyebab NIKMAT yang akan membawa kita mendapat redha ALlah dan syurga ALlah di akhirat nanti sekiranya dimanfaatkan secara yang benar seperti zakat, bantu anak yatim, golongan fakir dan fi sabiliLlah.


b- Harta juga menjadi penyebab mendapat NIQMAT(azab) di akhirat nanti jika digunakan pada jalan yang tidak benar(haq) seperti berjudi, menipu, rasuah dan membazir.




Jadi gunakan harta dengan seaikbaiknya, agar ia dapat menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. Amin...

Tuesday, September 9, 2008

SEDEKAH

Mencari Sedekah Yang Utama

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، أي الصدقة أعظم أجرا؟ قال: (أن تصدق وأنت صحيح شحيح، تخشى الفقر وتأمل الغنى، ولا تمهل حتى إذا بلغت الحلقوم، قلت: لفلان كذا، ولفلان كذا، وقد كان لفلان(.

Daripada Abu Hurairah katanya, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Wahai Rasulullah, manakah sedekah yang lebih utama? Baginda bersabda: "Kamu bersedekah dalam keadaan kamu sihat dan tamak, mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran. Jangan tangguhkan sehingga nyawa di halkum lalu kamu katakan, ini untuk si fulan, itu untuk si anu, sedangkan ia sudah menjadi hak si fulan itu.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, September 3, 2008

Panduan untuk gadis2 yang bakal bergelar Isteri


Dipetik dari zahazanmohammad blogspot.


Antara wasiat orang bijaksana yang dicatatkan oleh al-Jahidz dalam kitabnya al-Bayan wa al-Tabyeen tentang perspektif perkahwinan yang membahagiakan ialah pesanan isteri ‘Auf bin Muslim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.

Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan panduan bagi orang yang menggunakan akal.Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'hamba' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'hamba' lelaki bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang tidak cantik daripadamu dan jangan sampai dia mencium bau yang busuk daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu mengingkari perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan selamat daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia berseronok.

Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan kehendaknya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kegembiraannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang tidak kamu senangi dan Allah pasti memberkatimu.”

Monday, September 1, 2008

Jalan-jalan menambahkan keimanan 3

Indahnya alam ciptaan Allah SWT



Menaiki tangga di Bukit Keluang


Saturday, August 30, 2008

RAMADHAN KARIM




Ramadhan...bulan kemuliaan, bulan keberkatan, digandakan pahala, dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka, padanya 'lailatul-qadar'.....marilah kita meng'ihyaat'nya.

Friday, August 29, 2008

Jalan-jalan menambahkan keimanan 2







tenang, berehat sambil memancing dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT. ( muara sungai, Bukit Keluang.)




Tuesday, August 12, 2008

Makanlah Buah-buahan Tempatan




Sedap, berkhasiat, sihat.....

Saturday, August 9, 2008

Mencari Harta (1)

Islam menuntut umatnya mencari harta (rezeki), sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Ya'la dan Baihaqi : "Carilah rezeki kamu walaupun dalam perut bumi."

Manusia secara tabienya memang bekerja mencari rezeki dengan berbagai cara. Dalam hal ini Islam telah menggariskan sumber2 rezeki yang halal. Namun begitu ramai juga dikalangan umat manusia yang mencari pendapatan dari sumber yang haram,

Antara sumber rezeki yang halal ialah:
  1. Perniagaan yang bebas dari unsur2 penipuan, perjudian, penganinayaan dan rasuah.
  2. Pertanian, penternakan dan perikanan.
  3. Pertukangan dan hasil2 seni yang tidak bercanggah dengan Islam.
  4. Sektor pekerjaan dengan kerajaan spt. guru, doktor dan sebagainya.

bersambung...

Friday, August 8, 2008

Jalan-Jalan 2


Musim cuti datang lagi...bawalah keluarga jalan-jalan, makan angin, makan2 apa yang patut...


Dengan melancong fikiran kita lebih segar dengan input2 yang baru, tidak nanti dikata orang. "Macam katak bawah tempurung"


Ingatkan tempat kita dah hebat, rupa2nya tempat orang lagi hebat. Tapi orang kita tak mahu mengaku kalah lalu mereka berkata pula. "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik negeri sendiri". Jadi fikir2kanlah....

Friday, August 1, 2008

IMAN DAN TAKWA


TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Rasulullah telah bersabda:

Ertinya:Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
H.R. Abu Daud dan Tirmizi

KeteranganHadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:


Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).

Wednesday, July 30, 2008

Hadis Hari ini

ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYA SEPERTI MEMEGANG BARA API

Ertinya:Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api".
H.R. Tirmizi

KeteranganYang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan

Tuesday, July 22, 2008

Durian (2)


Nampaknya isu durian makin menjadi-jadi sekarang ni.

Sebenarnya yang paling best dengan durian ni ialah "Pulut Durian" makanan ini termasyur di negeri pantai timur.

Pulut durian dimakan degan santan segar, pulut, durian...bagi yang tak cukup rasa tambah pula gula, garam. Digaulkan sampai sebati, dimakan dengan tangan...memang sedap....

Tapi ingat tak boleh makan selalu, sesekali tu boleh la...

Saturday, July 19, 2008

Musim Durian Datang Lagi

Murah...murah... 8 biji RM10.00. Begitulah meriahnya di pasar2 minggu/malam. Penjual durian menawarkan jualan mereka.

Yang pasti bila musim durian, maka rezeki pekebun durian pun macam 'Durian Runtuh'. Begitu juga dengan peniaga durian...

Membeli durian lebih senang daripada menanam, membaja...sehingga dapat hasinya.

Saturday, July 5, 2008

Jalan-jalan...


Sepanjang jalan ke Pulau Pinang...(lagu kopratasa)
ini keluarga bahgie...

Tuesday, June 24, 2008

Nasi Goreng

Sekarang ni nasi goreng amat popular bagi orang bujang. Makan nasi goreng tidak memerlukan lauk-lauk lain, ini kerana nasi goreng telah dicampurkan lauk-lauk. Seperti udang, sotong, sayur, ayam dan lain-lain. Jadi makan nasi goreng secara tak langsung didalamnya telah ada bahan-bahan yang diperlukan oleh badan, walaupun dalam jumlah yang minima.