Saturday, January 31, 2009

HANYA ALLAH SWT YG BERKUASA MEMBERI KEBAIKAN ATAU KEJAHATAN

Firman Allah SWT : Jika Allah menimpa sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghalang kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaanNya.

(surah Yunus:107)

Tuesday, January 20, 2009

AKHIR ZAMAN 2

Dari Tsauban (ra) berkata: Rasulullah SAW bersabda:"Hampir tiba satu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya. "Apakah kerana kami sedikit pada hari itu ? Nabi saw menjawab: "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya: "Apakah wahan itu wahai Rasulullah ? Nabi menjawab: "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
(Riwayat Abu Daud)

Monday, January 12, 2009

AKHIR ZAMAN

MAKSUD HADIS

Daripada Ummul mukminin, Zainab bt Jahsy (isteri Rasulullah SAW), beliau berkata: " (pada suatu hari) Rasulullah masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil berkata,laa-ila-ha-illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding yakjuj dan makjuj seperti ini, dan baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari disebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan . Saya (Zainab bt Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah, apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang-orang yang soleh ? Lalu Nabi SAW bersabda:" Ya , jikalau kejahatan sudah terlalu banyak."

(hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Friday, January 9, 2009

Pi Jahanam Israel


Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran kepada mereka .


Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahancur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azab kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

http://yusofembong.blogspot.com

Thursday, January 1, 2009

BUTA KAH CINTA ?


Sering kali kita melabelkan cinta sebagai buta. Apabila dikuasai nafsu maka cinta menjadi buta.

Apa tidaknya ada yang sanggup meninggaklan/membelakangkan ibubapa yang melahir, mengasuh mendidik, memberi nafkah dan pendidikan, semata2 orang yang dicintai. Wahhal orang yang dicintai baru dikenali sebulan dua.


Sedangkan disana Nabi SAW telah menggariskan panduan memilih pasangan. Mafhumnya: "kahwinlah dgn seseorang berdasarkan yang berikut:

a)Kerana keelokan rupa paras (fizikal yang baik)

b)kerana harta (mampu menyara kelaurga)

c)kerana keturunan yang baik

dan yang terpenting

d)kerana agama (yang alim dan beramal)


Apabila ciri2 ini dipatuhi, insyaallah aman bahagia sesebuah keluarga.