Wednesday, September 17, 2008

HARTA




HARTA PENYEBAB NIKMAT atau NIQMAT DI AKHIRAT



a- Harta jadi penyebab NIKMAT yang akan membawa kita mendapat redha ALlah dan syurga ALlah di akhirat nanti sekiranya dimanfaatkan secara yang benar seperti zakat, bantu anak yatim, golongan fakir dan fi sabiliLlah.


b- Harta juga menjadi penyebab mendapat NIQMAT(azab) di akhirat nanti jika digunakan pada jalan yang tidak benar(haq) seperti berjudi, menipu, rasuah dan membazir.




Jadi gunakan harta dengan seaikbaiknya, agar ia dapat menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. Amin...

Tuesday, September 9, 2008

SEDEKAH

Mencari Sedekah Yang Utama

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، أي الصدقة أعظم أجرا؟ قال: (أن تصدق وأنت صحيح شحيح، تخشى الفقر وتأمل الغنى، ولا تمهل حتى إذا بلغت الحلقوم، قلت: لفلان كذا، ولفلان كذا، وقد كان لفلان(.

Daripada Abu Hurairah katanya, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Wahai Rasulullah, manakah sedekah yang lebih utama? Baginda bersabda: "Kamu bersedekah dalam keadaan kamu sihat dan tamak, mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran. Jangan tangguhkan sehingga nyawa di halkum lalu kamu katakan, ini untuk si fulan, itu untuk si anu, sedangkan ia sudah menjadi hak si fulan itu.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, September 3, 2008

Panduan untuk gadis2 yang bakal bergelar Isteri


Dipetik dari zahazanmohammad blogspot.


Antara wasiat orang bijaksana yang dicatatkan oleh al-Jahidz dalam kitabnya al-Bayan wa al-Tabyeen tentang perspektif perkahwinan yang membahagiakan ialah pesanan isteri ‘Auf bin Muslim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.

Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan panduan bagi orang yang menggunakan akal.Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'hamba' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'hamba' lelaki bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang tidak cantik daripadamu dan jangan sampai dia mencium bau yang busuk daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu mengingkari perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan selamat daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia berseronok.

Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan kehendaknya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kegembiraannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang tidak kamu senangi dan Allah pasti memberkatimu.”

Monday, September 1, 2008

Jalan-jalan menambahkan keimanan 3

Indahnya alam ciptaan Allah SWT



Menaiki tangga di Bukit Keluang


Saturday, August 30, 2008

RAMADHAN KARIM




Ramadhan...bulan kemuliaan, bulan keberkatan, digandakan pahala, dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka, padanya 'lailatul-qadar'.....marilah kita meng'ihyaat'nya.

Friday, August 29, 2008

Jalan-jalan menambahkan keimanan 2







tenang, berehat sambil memancing dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT. ( muara sungai, Bukit Keluang.)




Tuesday, August 12, 2008

Makanlah Buah-buahan Tempatan




Sedap, berkhasiat, sihat.....

Saturday, August 9, 2008

Mencari Harta (1)

Islam menuntut umatnya mencari harta (rezeki), sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Ya'la dan Baihaqi : "Carilah rezeki kamu walaupun dalam perut bumi."

Manusia secara tabienya memang bekerja mencari rezeki dengan berbagai cara. Dalam hal ini Islam telah menggariskan sumber2 rezeki yang halal. Namun begitu ramai juga dikalangan umat manusia yang mencari pendapatan dari sumber yang haram,

Antara sumber rezeki yang halal ialah:
  1. Perniagaan yang bebas dari unsur2 penipuan, perjudian, penganinayaan dan rasuah.
  2. Pertanian, penternakan dan perikanan.
  3. Pertukangan dan hasil2 seni yang tidak bercanggah dengan Islam.
  4. Sektor pekerjaan dengan kerajaan spt. guru, doktor dan sebagainya.

bersambung...

Friday, August 8, 2008

Jalan-Jalan 2


Musim cuti datang lagi...bawalah keluarga jalan-jalan, makan angin, makan2 apa yang patut...


Dengan melancong fikiran kita lebih segar dengan input2 yang baru, tidak nanti dikata orang. "Macam katak bawah tempurung"


Ingatkan tempat kita dah hebat, rupa2nya tempat orang lagi hebat. Tapi orang kita tak mahu mengaku kalah lalu mereka berkata pula. "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik negeri sendiri". Jadi fikir2kanlah....

Friday, August 1, 2008

IMAN DAN TAKWA


TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Rasulullah telah bersabda:

Ertinya:Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
H.R. Abu Daud dan Tirmizi

KeteranganHadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:


Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).

Wednesday, July 30, 2008

Hadis Hari ini

ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYA SEPERTI MEMEGANG BARA API

Ertinya:Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api".
H.R. Tirmizi

KeteranganYang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan

Tuesday, July 22, 2008

Durian (2)


Nampaknya isu durian makin menjadi-jadi sekarang ni.

Sebenarnya yang paling best dengan durian ni ialah "Pulut Durian" makanan ini termasyur di negeri pantai timur.

Pulut durian dimakan degan santan segar, pulut, durian...bagi yang tak cukup rasa tambah pula gula, garam. Digaulkan sampai sebati, dimakan dengan tangan...memang sedap....

Tapi ingat tak boleh makan selalu, sesekali tu boleh la...

Saturday, July 19, 2008

Musim Durian Datang Lagi

Murah...murah... 8 biji RM10.00. Begitulah meriahnya di pasar2 minggu/malam. Penjual durian menawarkan jualan mereka.

Yang pasti bila musim durian, maka rezeki pekebun durian pun macam 'Durian Runtuh'. Begitu juga dengan peniaga durian...

Membeli durian lebih senang daripada menanam, membaja...sehingga dapat hasinya.

Saturday, July 5, 2008

Jalan-jalan...


Sepanjang jalan ke Pulau Pinang...(lagu kopratasa)
ini keluarga bahgie...