Sunday, May 31, 2009

TAZKIRAH


Maksud firman Allah SWT:

1."Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Barangsiapa berbuat demikian, maka itulah orang-orang yang rugi" 
(al munafiqun:9)

2. "Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan (bagimu)" (at Taghabun:15)


Thursday, May 28, 2009

DEMI MASA


FIRMAN ALLAH SWT: Ayat 1-3: alAshr:

"Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya menepati kebenaran"

Friday, April 3, 2009

WAKTU2 YANG MUSTAJAB DOA

1. Sepertiga malam
2. Waktu hujan turun.
3. Masa antara azan dan iqamah
4. Ketika sujud dalam solat
5. Selepas solat fardhu
6. Ketika sedang berpuasa
7. Bulan ramadhan
8. Malam lailatulqadar
9. Hari jumaat
10. Ketika sedang bermusafir
11. Sewaktu mengerjakan haji/umrah
12. Waktu menerima ujian
13. Antara dua khutbah jumaat

Tuesday, February 24, 2009

KEBURUKAN MARAH

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa seorang lelaki berkata: "Ya Rasulullah, suruhlah aku mengerjakan suatu amal dan aku lakukan sedikit."
Baginda bersabda: "Jangan marah."
Kemudian orang itu berkata lagi.
Maka Nabi SAW bersabda: "Jangan marah."
Dari Ibnu Mas'ud, Nabi SAW bersabda: "Apakah orang yang kuat itu menurut kalian?"
Kami menjawab: "Orang yang tidak dapat dijatuhkan oleh orang lain diwaktu bergelut."
Nabi SAW menjawab: "Bukan begitu, tetapi orang yang dapat mengusai dirinya diwaktu marah."
Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seseorang marah, melainkan ia mendekati jahanam."

Wednesday, February 4, 2009

HAK-HAK SEORANG MUSLIM

1. Memberi salam kepadanya apabila bertemu.
2. Memenuhi undangannya.
3. Mendoakannya ketika dia bersin.
4. Menziarahinya ketika dia sakit.
5. Menziarahi jenazahnya.
6. Memenuhi sumpahnya.
7. Memelihara kehormatan dirinya.
8. Mencintai dirinya seperti mencintai diri sendiri.
9. Tidak menyukai apa yang menimpanya (bala) seperti tidak menyukai jika menimpa (bala) diri sendiri.

Dipetik dari "Mukhtasar Ihya' Ulumuddin"

'BURUK SIKU'


Abdullah bin Abbas melaporkan, Nabi Muhammad SAW pernah berkata, "Orang yang mengambil semula apa yang diberikannya, umpama anjing yang menjilat semula muntahnya."

Dalam riwayat lain oleh Muslim, Nabi Muhammad SAW berkata, "Perumpamaan orang yang mengambil semula sedekah yang diberi adalah seperti anjing yang muntah, kemudian dia datang semula kepada muntahnya dan makan muntah itu."

Dalam riwayat lain, Nabi Muhammad SAW berkata, "Orang yang mengambil semula barang yang sudah diberi adalah sama seperti orang yang menjilat semula muntahnya."

Sunday, February 1, 2009

BUDAK SEKOLAH, JAGALAH ADAB TERHADAP GURU

(gambar hiasan)

Ramai kawan2 (yang jadi cikgu) abe yang mengeluh, katanya budak sekolah zaman ni tak berapa hormat guru. Betul ke ? Pada pengamatan saya, yang tak hormat guru ni bilangannya sedikit saja. Namun yang semolek-moleknya 100% murid mesti menghormaati dan beradab dengan guru.

Antara cara-cara beradab dengan guru:
- Bersikap rendah diri bila berdepan dengan guru.
- Duduk dan mendengar pengajaran guru dengan sepenuh hati.
- Jangan bergurau dengan rakan2 dihadapan guru.
- Jangan membanding-bandingkan antara guru ini dengan guru itu.
- Jika tidak faham, terus bertanya kepada guru berkenaan.
- Mengingati dan menghargai guru, terutama pada hari guru.
- Jangan meninggikan suara terhadap guru.
- Menjawab soalan guru dengan sopan.
- Jangan menyakiti hati guru.

Saturday, January 31, 2009

HANYA ALLAH SWT YG BERKUASA MEMBERI KEBAIKAN ATAU KEJAHATAN

Firman Allah SWT : Jika Allah menimpa sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghalang kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaanNya.

(surah Yunus:107)

Tuesday, January 20, 2009

AKHIR ZAMAN 2

Dari Tsauban (ra) berkata: Rasulullah SAW bersabda:"Hampir tiba satu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya. "Apakah kerana kami sedikit pada hari itu ? Nabi saw menjawab: "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya: "Apakah wahan itu wahai Rasulullah ? Nabi menjawab: "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
(Riwayat Abu Daud)

Monday, January 12, 2009

AKHIR ZAMAN

MAKSUD HADIS

Daripada Ummul mukminin, Zainab bt Jahsy (isteri Rasulullah SAW), beliau berkata: " (pada suatu hari) Rasulullah masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil berkata,laa-ila-ha-illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding yakjuj dan makjuj seperti ini, dan baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari disebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan . Saya (Zainab bt Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah, apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang-orang yang soleh ? Lalu Nabi SAW bersabda:" Ya , jikalau kejahatan sudah terlalu banyak."

(hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Friday, January 9, 2009

Pi Jahanam Israel


Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran kepada mereka .


Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahancur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azab kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

http://yusofembong.blogspot.com

Thursday, January 1, 2009

BUTA KAH CINTA ?


Sering kali kita melabelkan cinta sebagai buta. Apabila dikuasai nafsu maka cinta menjadi buta.

Apa tidaknya ada yang sanggup meninggaklan/membelakangkan ibubapa yang melahir, mengasuh mendidik, memberi nafkah dan pendidikan, semata2 orang yang dicintai. Wahhal orang yang dicintai baru dikenali sebulan dua.


Sedangkan disana Nabi SAW telah menggariskan panduan memilih pasangan. Mafhumnya: "kahwinlah dgn seseorang berdasarkan yang berikut:

a)Kerana keelokan rupa paras (fizikal yang baik)

b)kerana harta (mampu menyara kelaurga)

c)kerana keturunan yang baik

dan yang terpenting

d)kerana agama (yang alim dan beramal)


Apabila ciri2 ini dipatuhi, insyaallah aman bahagia sesebuah keluarga.

Monday, December 29, 2008

1 MUHARAM 1430


Selamat menyambut tahun baru.

Orang yang berjaya ialah orang yang 'hari ini lebih baik dari semalam'

Friday, December 26, 2008

BERLAKU BAIK KEPADA MAKHLUK


Firman Allah SWT: An Nisa':36,

Dan perlu kamu berbuat baik kepada ibubapa, kaum kerabat, anak2 yatim, orang2 miskin, jiran tetangga yang terdekat, jiran tetanga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang2 yang sombong, takbur dan membagga-banggakan diri.

Wednesday, December 17, 2008

TANAH RUNTUH


BERITA “TANAH RUNTUH” DARI RASULULLAH S.A.W.


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu berita yang menggemparkan seluruh negara. Tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa menjadi perbualan hangat dan berita yang paling sensasi sekali.


Tetapi apa yang malangnya jarang sekali berita tersebut dikaitkan dengan petunjuk yang telah disebutkan oleh Baginda SAW dalam peristiwa ini, begitu juga peristiwa-peristiwa yang lain.


Di sini saya ingin mengutarakan Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dari Sayyidatina Aa’isyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:


يَكْونُ في أخِرِ هَذِهِ الأُمَّةِ خَسْفٌ ومَسْخٌ وقَذْفٌ“

Akan berlaku di akhir (zaman) umat ini TIMBUSAN BUMI (TANAH RUNTUH), perubahan rupa manusia dan lontaran (iaitu kehancuran).”A’isyah bertanya : “ Adakah kami dibinasakan sedangkan ada dari kalangan kami orang-orang yang soleh?”


Baginda menjawab:

نَعَمْ اِذا ظَهَرَ الخُبْثُ“

Ya Apabila lahirnya (tersebarnya) kemaksiatan”

(riwayat Tirmizi Hadis No 2186)


Pengajaran hadis:

1. Tanah runtuh merupakan peristiwa yang telah di beritakan oleh baginda SAW yang akan berlaku di akhir zaman.

2. Berleluasanya maksiat adalah punca kemurkaan Allah sehingga diturunkan bala seperti ini.Wallahua’lam


Ust Khairul AzmiDarul Fikri
Rujukan
Mukhtashor Sunan At Tirmizi, Syaikhuna Dr Mustafa Al-Bugha