Friday, July 31, 2009

Wednesday, July 22, 2009

Thursday, July 16, 2009

LAPANG DADA, LIDAH FASIH, & MUDAH URUSAN

(hiasan)


"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku"
(Taha:25-28)

Thursday, July 2, 2009

DOA SUPAYA MENJADI HAMBA YANG TAAT KEPADA ALLH SWT


"Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah yang maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada Mu, dan jadikanlah daripada kerturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepada Mu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-caara ibadat kami, dan terimalah taubat kami. Sesunguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihi"
(al Baqarah ayat 127-128)

Tuesday, June 30, 2009

DOA KEAMPUNAN ATAS KEKURANGAN DIRI


"WAHAI TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU MENGIRAKAN KAMI SALAH JIKA KAMI LUPA ATAU KAMI TERSALAH.

WAHAI TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA KAMI BEBANAN YANG BERAT SEBAGAIMANA YANG TELAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARIPADA KAMI.

WAHAI TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU PIKULKAN KEPADA KAMI APA YANG KAMI TIDAK TERDAYA MEMIKULNYA. DAN MAAFKANLAH KESALAHAN KAMI, SERTA AMPUNKANLAH DOSA KAMI, DAN BERILAH RAHMAT KEPADA KAMI. ENGKAULAH PENOLONG KAMI, OLEH ITU TOLONGLAH KAMI UNTUK MENCAPAI KEMENANGAN TERHADAP KAUM-KAUM YANG KAFIR.
(AL BAQARAH:286)
AMIN.

Thursday, June 25, 2009

RIYA': SEJENIS SYIRIK

Dari Mahmud bin Labid (ra) katanya: Rasululullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang sangat2 aku takuti akibat buruknya menimpa kamu ialah syirik kecil".
Sahabat2 baginda bertanya" Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah ?".
Baginda SAW menjawab" Syirik yang kecil itu ialah riya'- Allah taala berfirman pada hari qiamat, apabila manusia datang dengan amalan masing2: 'Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan riya' didunia dahulu (untuk menunjuk2kan kepada mereka) kemudian lihatlah adakah kamu akan dapati sebarang balasan disisi mereka ?'

Wednesday, June 17, 2009

ZIARAH MENZIARAHI


Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Tiada seorang Islam yang menjenguk sesama Islam waktu pagi kecuali dia didoakan oleh tujuh puluh ribu malaikat sehingga kepagi. Juga beroleh buah-buahan yang diambil dari syurga."

(Riwayat Tirmizi)

Saturday, June 13, 2009

AWAS JGN KENCING MERATA2

Sabda Rasulullah SAW, bermaksud:

" Takutlah kamu kepada tiga celaan, sahabat bertanya: apakah tiga celaan itu ya Rasulullah ?
Baginda menjawab: " Bahawa salah seorang kamu kencing di tempat orang berteduh, kencing di jalan, dan kencing di tempat sumber air"

Wednesday, June 10, 2009

ANJURAN BERSUGI/GOSOK GIGI


Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya:

" Sekiranya tidak memberati ke atas umatku nescaya aku mewajibkan mereka bersugi setiap kali hendak sembahyang sebagaimana halnya kuwajibkan berwudhuk keatas mereka"

(riwayat BAZZAR DAN TABRANI)

Thursday, June 4, 2009

TENTANG ORANG BERILMU


1. Baginda Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sekiranya Allah menghendaki kebaikan buat seseorang nescaya Dia akan memberi kefahaman tentang agama kepada orang tersebut".
(riwayat Bukhari & Muslim)

2. Baginda Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sedekah yang paling afdhal ialah apabila seseorang muslim yang belajar suatu ilmu dari saudara muslimnya, kemudian dia mengajar ilmunya itu kepada saudara muslimnya."
(riwayat Ibnu Majah)

Sunday, May 31, 2009

TAZKIRAH


Maksud firman Allah SWT:

1."Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Barangsiapa berbuat demikian, maka itulah orang-orang yang rugi" 
(al munafiqun:9)

2. "Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan (bagimu)" (at Taghabun:15)


Thursday, May 28, 2009

DEMI MASA


FIRMAN ALLAH SWT: Ayat 1-3: alAshr:

"Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya menepati kebenaran"

Friday, April 3, 2009

WAKTU2 YANG MUSTAJAB DOA

1. Sepertiga malam
2. Waktu hujan turun.
3. Masa antara azan dan iqamah
4. Ketika sujud dalam solat
5. Selepas solat fardhu
6. Ketika sedang berpuasa
7. Bulan ramadhan
8. Malam lailatulqadar
9. Hari jumaat
10. Ketika sedang bermusafir
11. Sewaktu mengerjakan haji/umrah
12. Waktu menerima ujian
13. Antara dua khutbah jumaat

Tuesday, February 24, 2009

KEBURUKAN MARAH

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa seorang lelaki berkata: "Ya Rasulullah, suruhlah aku mengerjakan suatu amal dan aku lakukan sedikit."
Baginda bersabda: "Jangan marah."
Kemudian orang itu berkata lagi.
Maka Nabi SAW bersabda: "Jangan marah."
Dari Ibnu Mas'ud, Nabi SAW bersabda: "Apakah orang yang kuat itu menurut kalian?"
Kami menjawab: "Orang yang tidak dapat dijatuhkan oleh orang lain diwaktu bergelut."
Nabi SAW menjawab: "Bukan begitu, tetapi orang yang dapat mengusai dirinya diwaktu marah."
Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seseorang marah, melainkan ia mendekati jahanam."

Wednesday, February 4, 2009

HAK-HAK SEORANG MUSLIM

1. Memberi salam kepadanya apabila bertemu.
2. Memenuhi undangannya.
3. Mendoakannya ketika dia bersin.
4. Menziarahinya ketika dia sakit.
5. Menziarahi jenazahnya.
6. Memenuhi sumpahnya.
7. Memelihara kehormatan dirinya.
8. Mencintai dirinya seperti mencintai diri sendiri.
9. Tidak menyukai apa yang menimpanya (bala) seperti tidak menyukai jika menimpa (bala) diri sendiri.

Dipetik dari "Mukhtasar Ihya' Ulumuddin"