Sunday, September 20, 2009

Wednesday, September 16, 2009

Thursday, September 10, 2009

KADAR BALASAN MENGIKUT KADAR AMALAN


Rasulullah SAW bersabda: maksudnya,

"Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab, dan timbanglah amalanmu sebelum kamu ditimbang"

Saidina Ali (kw) berkata:

"Siapa menyangka bahawa tanpa usaha dia akan dapat masuk ke dalam syurga, maka orang itu hanya beragan-angan sahaja; dan siapa yang menyangka bahawa hanya dengan usaha sahaja dia akan masuk ke dalam syurga, maka orang itu telah merasa kaya daripada rahmat Allah SWT"

Saturday, September 5, 2009

EMPAT PERTANYAAN


RASULULLAH SAW BERSABDA:
MAKSUDNYA "Belum berganjak lagi kedua kaki seseorang hamba (di hadapan Allah SWT pada hari kiamat) sehingga terlebih dahulu dia akan ditanya tentang umurnya, untuk apa dihabiskannya. dan akan ditanya tentang ilmunya, untuk apa dia melakukannya, dan akan ditanya tentang hartanya darimana dia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya, dan akan ditanya tentang tubuh badannya, untuk apa dibinasakannya (digunakannya)
(riwayat Tirmizi)

Tuesday, August 25, 2009

KELEBIHAN PUASA

Puasa Penyelamat Dari Api Neraka
Hadith :
Daripada Abu Said al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sahari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.”
(al-Bukhari dan muslim)

Huraian
Setiap orang yang berpuasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah, kemudian memelihara puasanya daripada amalan-amalan yang ditegah, Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun perjalanan. Sesungguhnya setiap amalan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh meskipun sedikit tetap ada ganjarannya dan dinilai oleh Allah SWT. Ia menjadi saham yang boleh membantu manusia tersebut di akhirat kelak.

SUMBER:JAKIM

Monday, August 24, 2009

Nabi SAW bersabda maksudnya :
" Syurga merindui 4 golongan iaitu :
1- Orang yang membaca Al-Quran

2- Orang yang menjaga Lidahnya

3- Orang yang memberi Makan kepada orang yang lapar
4- Orang yang berpuasa di Bulan Ramadhan

Saturday, August 22, 2009

TINGKATKAN AMALAN DI BULAN RAMADHAN



1. Bertadarus al Quran
2. Solat terawih
3. Qiamulail
4. Menyediakan makanan berbuka puasa kepada orang miskin
5. Bersedekah.

Thursday, August 20, 2009

KESILAPAN2 KETIKA BERPUASA RAMADHAN

Sabda Nabi saw,
عن أبي هريرة: قال النبي كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلا الْجُوْعُ وَالْعَطَشُ - رواه النسائي وابن ماجه
[ Berapa ramai orang yang berpuasa , tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga ].

Berikut dipaparkan tulisan من رسالة تذكرة الصوم لعبد الله بن صالح القص yang menyebut di antara kesilapan-kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh orang yang berpuasa dan beribadat di bulan puasa;

1.Tidak mengetahui hukum hakam puasa dan tidak bertanya. وقد قال الله تعالى: فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ وقال عليه الصلاة والسلام :من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين متفق عليه.

2. Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.

3. Bertaubat, bersolat dan berpuasa hanya di bulan Ramadhan. LEBIH MALANG bila ada yang berpuasa tetapi TIDAK SOLAT.

4. Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

5. Setengah imam menunaikan solat tarawih dengan CEPAT-LAJU tanpa tomakninah. . وقد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم للذي لم يطمئن في صلاته ارجع فصل فإنك لم تصل (متفق عليه). وأسوأ الناس سرقة الذي يسرق من صلاته فلا يتم ركوعها ولا سجودها ولا القراءة فيها . والصلاة مكيال فمن وفى وفي له ومن طفف فويل للمطففين
6.Meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan puasa (المفطرات الحسية ) TETAPI tidak meninggalkan perkara yang membatalkan pahala puasa (المفطرات المعنوية ).

7. Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

8. المصيبة العظمى Tidak mengutamakan solat Subuh berjamaah kerana TIDUR SEDAP tidak sebagaimana Terawih.


9. Mempercepatkan makan sahur sebelum waktunya iaitu makan lewat malam.

10. Malas dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

11. Menunaikan solat witir sejurus selepas tarawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk me-lakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

(Dipetik dari yusofembong.blogspot.com)

Thursday, August 13, 2009

IKHTIAR, DOA DAN TAWAKKAL - ELAK H1N1

BACA DOA




BASUH TANGAN DENGAN BERSIH



PAKAI TOPENG MUKA



INSYA- ALLAH SELAMAT, AMIN.

Thursday, August 6, 2009

PINTU-PINTU SYAITAN


1. Dengki dan Tamak haloba
2. Banyak makan
3. Bertindak secara tergesa2
4. Cinta harta benda
5. Bakhil dan kedekut
6. Ta'sub
7. Buruk sangka terhadap orang lain

Friday, July 31, 2009

Wednesday, July 22, 2009

Thursday, July 16, 2009

LAPANG DADA, LIDAH FASIH, & MUDAH URUSAN

(hiasan)


"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku"
(Taha:25-28)

Thursday, July 2, 2009

DOA SUPAYA MENJADI HAMBA YANG TAAT KEPADA ALLH SWT


"Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah yang maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada Mu, dan jadikanlah daripada kerturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepada Mu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-caara ibadat kami, dan terimalah taubat kami. Sesunguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihi"
(al Baqarah ayat 127-128)

Tuesday, June 30, 2009

DOA KEAMPUNAN ATAS KEKURANGAN DIRI


"WAHAI TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU MENGIRAKAN KAMI SALAH JIKA KAMI LUPA ATAU KAMI TERSALAH.

WAHAI TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA KAMI BEBANAN YANG BERAT SEBAGAIMANA YANG TELAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARIPADA KAMI.

WAHAI TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU PIKULKAN KEPADA KAMI APA YANG KAMI TIDAK TERDAYA MEMIKULNYA. DAN MAAFKANLAH KESALAHAN KAMI, SERTA AMPUNKANLAH DOSA KAMI, DAN BERILAH RAHMAT KEPADA KAMI. ENGKAULAH PENOLONG KAMI, OLEH ITU TOLONGLAH KAMI UNTUK MENCAPAI KEMENANGAN TERHADAP KAUM-KAUM YANG KAFIR.
(AL BAQARAH:286)
AMIN.