Dari Tsauban (ra) berkata: Rasulullah SAW bersabda:"Hampir tiba satu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya. "Apakah kerana kami sedikit pada hari itu ? Nabi saw menjawab: "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya: "Apakah wahan itu wahai Rasulullah ? Nabi menjawab: "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
(Riwayat Abu Daud)
2 comments:
Apabila Israel 'mengganyang' umat Islam Palestin, saudara2 mereka berpeluk tubuh. Masing2 menjaga diri sendiri.
itulah hadis nabi..tiada yang salah melainkan kebenaran semata2..betapa betulnya nabi dan betapa kita kena taat pada nabi..zaman akhir zaman tu zaman kita sekarang..wallahualam..
Post a Comment