Saturday, September 27, 2008

Panduan Ringkas Ziarah Kubur

Di musim raya ramai umat Islam menziarah kubur, jadi marilah kita menjaga adab2 ketika menziarah kubur.

1. Betulkan niat kita sewaktu menziarahi kubur. Dianjurkan ketika pergi untuk ziarah kubur hadir dalam benak kita rasa takut kepada ALlah, merasa diawasi olehNYA dan hanya bertujuan mencari keredhaanNYA semata.

2. Berilah salam kepada penghuni kubur.

3. Mendoakan kepada penghuni kubur agar mereka diampunkan dosa oleh ALlah serta diberikannya kesejahteraan/keselamatan dalam kubur.

§ Keselamatan(salam) semoga terlimpah kepada para penghuni (kubur) dari kalangan orang-orang mukmin dan muslim semoga Allah merahmati orang-orang yang telah mendahului (meninggal) diantara kami dan yang belakangan, insya Allah kami semua akan menyusul (Anda) (lafazh ini berdasar riwayat Imam Muslim)

Jangan buat..

1. Jangan mintak / memohon kepada penghuni kubur agar dapat memberi pertolongan, murah rezeki dan hajat-hajat lain. Nie dah jadi puja kubur.....syirik dan rosak aqidah.

2. Jangan duduk atas kubur, apatah lagi melintas atas kubur(mayat di bawah).

3. Jangan jadikan kubur tempat solat.

4. Jangan ambik batu, kain kafan dan lain-lain untuk dapat berkat.

5. Berborak kosong, menghisap rokok dan lain-lain yang dilarang dan maksiat.

6. Menyelesaikan hajat(kencing).

7. Jangan membangunkan binaan di atas kuburan. Pacakkan pokok-pokok hidup. Janganlah buang segala rumput-rumput sehingga gondol.

(bacaan lanjut di yusofembong blogspot)

Friday, September 26, 2008

RAYA RAYA JUGAK TAPI JGN BUAT YANG HARAM


1.Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita (yang bukan mahram) secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan


2.Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah.


3.Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.


4.Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.


5.Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri.


6. Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.


7. Makan minum yang membazir serta menunjuk-nunjuk.


Marilah kita menyambut dengan bersederhana dan berusaha mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.


(bacaan lanjut : yusofembong.blogspot)

Monday, September 22, 2008

ADAB DOA 2



(dipetik dari zahazan blog)


1. Berdoa dengan ikhlas kepada Allah .

2. Memulakan dengan pujian kepada Allah , diikuti dengan salawat ke atas Nabi saw. Sekurang-kurang kalimah pujian kepada Allah dan selawat adalah AlhamdulilLah dan wassalatu wassalam ala Rasulillah:

3. Mengakhiri Doa dengan Pujian kepada Allah dan salawat kepada Nabi saw juga.

4. Bersungguh-sungguh ketika berdoa , menghadirkan hati dan meyakinkan diri pada penerimaannya oleh Allah swt .

5. Berdoa dengan khusyu’ dan rendah diri .

6. Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat ke dua tangan .

7. Berdoa dengan sabar menanti Dimakbulkan Allah . Sikap terburu-buru mengakibatkan Doa ditolak .

8. Sentiasa berdoa pada setiap masa,samada ketika senang atau susah. Perkara ini berdasarkan firman Allah swt dalam surah al-Anbiya` ayat 60 yang bermaksud : Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah).

9. Tidak berdoa tentang perkara keburukan, seperti mendoakan kecelakaan bagi orang lain dan memutuskan silaturrahim. Nabi saw bersabda yang bermaksud : Doa seseorang hamba akan sentiasa dikabulkan selama dia tidak berdoa untuk berbuat dosa atau memutuskan silaturrahim ...( HR Muslim)

10. Tidak berdoa pada tempat maksiat.

11. Merendahkan suara , kerana Allah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 205 :Maksudnya : Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

12. Berdoa dengan mengulangkan Ya Rabb sebanyak 3 kali . Diriwayatkan daripada Atha` ra , beliau berkata , tidaklah seseorang hamba mengatakan Ya Rabb sebanyak tiga kali , melainkan Allah akan mendengar permintaannya . Al-Imam Malik pernah ditanya tentang panggilan kepada Allah dalam doa , jawab beliau katalah : Ya Rabb , kerana itulah panggilan para Nabi as kepada Allah dalam munajat mereka .

13.Doa juga perlu selalu diulang-ulang. Baginda selalunya mengulangi satu-satu doa sebanyak tiga kali.

14. Mengadap ke arah kiblat .

15. Mengangkat ke dua belah tangan semasa berdoa

16. Berdoa dalam keadaan Berwudhuk .

17. Hendaklah bertaubat serta beribadat kepada Allah sebelum memohon hajat.

18. Tidak bersajak dalam berdoa dengan tujuan diperindahkan bagi orang yang mendengarnya .

19. Menggunakan ayat yang ringkas tapi padat dengan makna ( al-jami’).

20. Menyeru Allah swt dengan nama-namaNya yang mulia iaitu Al-Asmaul Husna .

21. Makanan dan Minuman mestilah dari sumber yang halal , kerana Allah menolak doa oleh orang yang makan dan dibesarkan dari sumber yang haram.

22. Hendaklah melakukan Al-Amru bil Ma’ruf wan Nahyi anil Munkar . Sabda Nabi saw yang bermaksud : “Demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya, hendaklah kalian menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perkara yang munkar atau , jika kalian tidak melakukannya Allah akan menurunkan siksa kepada kalian , hingga apabila kalian berdoa kepadaNya , tetapi tidak dimakbulkan”.( HR at-Tirmizi, dianggapnya sebagai hasan)

23. Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan bagi orang yang lain.

24. Menghimpunkan anak-anak jari kesemuanya melainkan jari ibu kerana kesemua itu menghimpunkan kebaikan dunia dan akhirat.

25. Menyapu Muka Dengan tangan Selesai Berdoa . Umar bin Khattab pula menceritakan, apabila baginda mengangkat kedua belah tangannya berdoa, baginda tidak akan menjatuhkannya sehinggalah disapu mukanya dengan kedua belah tangan tersebut. (HR at- Tirmizi dan al-Hakim)

26. Mengaminkan Doa yang dibacakan .

Sunday, September 21, 2008

Lailatul Qadar

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat)

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah

(bacaan lanjut di www.zaharuddin.net)

Friday, September 19, 2008

Jagalah Adab Membaca AlQuran


(Dipetik dari zahazan blog)


Adab-adab membaca al-Quran sebagaimana disenaraikan oleh Al-Nawawiy dalam Al-Tibyan Fi Adab Hamalitl Quran :


1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.

2. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.

3. Membaca dalam keadaan berwudhuk.

4. Mengadap ke arah kiblat.

5. Memulakan dengan at-Ta’awwuz.

6. Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat.

7. Membaca dengan suara yang merdu dan kuat.

8. Memuliakan al-Quran.Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa.

9. Membaca ayat-ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.

10. Beramal dengan ajaran al-Quran itu.

11. Sentiasa membaca al-Quran terutamanya pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu.

Thursday, September 18, 2008

Wednesday, September 17, 2008

HARTA




HARTA PENYEBAB NIKMAT atau NIQMAT DI AKHIRAT



a- Harta jadi penyebab NIKMAT yang akan membawa kita mendapat redha ALlah dan syurga ALlah di akhirat nanti sekiranya dimanfaatkan secara yang benar seperti zakat, bantu anak yatim, golongan fakir dan fi sabiliLlah.


b- Harta juga menjadi penyebab mendapat NIQMAT(azab) di akhirat nanti jika digunakan pada jalan yang tidak benar(haq) seperti berjudi, menipu, rasuah dan membazir.




Jadi gunakan harta dengan seaikbaiknya, agar ia dapat menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. Amin...

Tuesday, September 9, 2008

SEDEKAH

Mencari Sedekah Yang Utama

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، أي الصدقة أعظم أجرا؟ قال: (أن تصدق وأنت صحيح شحيح، تخشى الفقر وتأمل الغنى، ولا تمهل حتى إذا بلغت الحلقوم، قلت: لفلان كذا، ولفلان كذا، وقد كان لفلان(.

Daripada Abu Hurairah katanya, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Wahai Rasulullah, manakah sedekah yang lebih utama? Baginda bersabda: "Kamu bersedekah dalam keadaan kamu sihat dan tamak, mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran. Jangan tangguhkan sehingga nyawa di halkum lalu kamu katakan, ini untuk si fulan, itu untuk si anu, sedangkan ia sudah menjadi hak si fulan itu.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, September 3, 2008

Panduan untuk gadis2 yang bakal bergelar Isteri


Dipetik dari zahazanmohammad blogspot.


Antara wasiat orang bijaksana yang dicatatkan oleh al-Jahidz dalam kitabnya al-Bayan wa al-Tabyeen tentang perspektif perkahwinan yang membahagiakan ialah pesanan isteri ‘Auf bin Muslim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.

Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan panduan bagi orang yang menggunakan akal.Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'hamba' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'hamba' lelaki bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang tidak cantik daripadamu dan jangan sampai dia mencium bau yang busuk daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu mengingkari perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan selamat daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia berseronok.

Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan kehendaknya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kegembiraannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang tidak kamu senangi dan Allah pasti memberkatimu.”

Monday, September 1, 2008

Jalan-jalan menambahkan keimanan 3

Indahnya alam ciptaan Allah SWT



Menaiki tangga di Bukit Keluang