Friday, January 29, 2010

PERKARA-PERKARA YANG MERUGIKAN

Khalifah Uthman bin Affan r.a pernah berkata, Perkara yang di anggap sia-sia, ;
1. Orang pandai, yang tidak pernah diminta pendapatnya.
2. Pendapat yang benar tidak diterima.
3. Senjata yang tidak pernah dipakai.
4. Masjid yang tidak digunakan untuk beribadah.
5. Al-Quran yang tidak pernah dibaca.
6. Kuda atau kenderaan yang tidak dinaiki.
7. Ilmu zuhud bagi orang yang mencintai dunia.
8. Dan umur yang panjang yang tidak digunakan untuk memperoleh bekalan akhirat.

Tuesday, January 26, 2010

NIKMAT SYURGA...

Al-Imam Ahmad meriwayatkan daripada Utbah bin Addin al-Sulami berkata:
" Seorang Arab telah datang berjumpa dgn Nabi s.a.w. lalu bertanya tentang nikmat2 syurga. Akhirnya beliau bertanya, adakah terdapat buah-buahan di dalam syurga? Jawab Nabi s.a.w.: "Ada sejenis pokok yang dinamakan sebagai Tuuba (kebaikan)"

Orang Arab itu bertanya lagi: "Adakah pokok itu menyerupai mana2 pokok di tempat kita ini? Nabi s.a.w. menjawab:" Tidak! Tetapi pernahkah kamu berkunjung ke negara Syam?" Jawabnya:" Tidak!" Sabda Nabi s.a.w.:" Di negara Syam itu terdapat sejenis pokok yang dikenali sebagai al-Jauzah. Pokok yang rendang itu sangat menyerupai pohon syurga itu".

Orang Arab Badwi bertanya lagi:" Bagaimana besarnya setangkai buahnya?" Jawab Nabi s.a.w.:" Setangkai daripadanya jika dianggarkan dengan jarak sama seperti sebulan perjalanan terbang seekor burung gagak". Dia bertanya lagi:"Bagaimana pula luasnya perdu pokok itu wahai Nabi s.a.w?. Jawab Nabi:" Jika binatang ternakan kamu yang paling muda dan kuat mengelilinginya, nescaya tidak dapat dia mengelilinginya sehinggalah ia tua dan patah tengkuknya".

Arab itu bertanya lagi:"Bagaimanakah saiz sebiji buahnya?" Jawab Nabi s.a.w.:" Pernahkah kau melihat ayahmu menyembelih kambing daripada kambing-kambing peliharaannya yang gemuk?" Jawabnya:" Ya, wahai Nabi!". Nabi bersabda lagi:" Ayahmu akan melapah dagingnya lalu disuruh ibumu membawa bekas untuk diletakkan daging2 itu".

Arab itu berkata:" Tentulah daging yang banyak itu akan mengenyangkan kami sekeluarga, wahai Nabi!". Jawab Nabi s.a.w.:" Demikianlah sebiji buah itu mampu mengenyangkan semua keluarga kamu!". - Al Musnad 4/184, Hayatus Sahabah 3/384, Bab Arab Badwi bertanya tentang buah-buahan di dalam syurga. LANJUT

Friday, January 22, 2010

MARI KITA MUHASABAH DIRI.....

10 AMALAN YANG TERBALIK
 
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan dia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Yusofembong

Friday, January 15, 2010

MATI: BERSEDIAKAH KITA ?

Akhbar kosmo melaporkan seorang wanita mati selepas dibius untuk proses menyedut lemak. Beritanya sini