Tuesday, January 26, 2010

NIKMAT SYURGA...

Al-Imam Ahmad meriwayatkan daripada Utbah bin Addin al-Sulami berkata:
" Seorang Arab telah datang berjumpa dgn Nabi s.a.w. lalu bertanya tentang nikmat2 syurga. Akhirnya beliau bertanya, adakah terdapat buah-buahan di dalam syurga? Jawab Nabi s.a.w.: "Ada sejenis pokok yang dinamakan sebagai Tuuba (kebaikan)"

Orang Arab itu bertanya lagi: "Adakah pokok itu menyerupai mana2 pokok di tempat kita ini? Nabi s.a.w. menjawab:" Tidak! Tetapi pernahkah kamu berkunjung ke negara Syam?" Jawabnya:" Tidak!" Sabda Nabi s.a.w.:" Di negara Syam itu terdapat sejenis pokok yang dikenali sebagai al-Jauzah. Pokok yang rendang itu sangat menyerupai pohon syurga itu".

Orang Arab Badwi bertanya lagi:" Bagaimana besarnya setangkai buahnya?" Jawab Nabi s.a.w.:" Setangkai daripadanya jika dianggarkan dengan jarak sama seperti sebulan perjalanan terbang seekor burung gagak". Dia bertanya lagi:"Bagaimana pula luasnya perdu pokok itu wahai Nabi s.a.w?. Jawab Nabi:" Jika binatang ternakan kamu yang paling muda dan kuat mengelilinginya, nescaya tidak dapat dia mengelilinginya sehinggalah ia tua dan patah tengkuknya".

Arab itu bertanya lagi:"Bagaimanakah saiz sebiji buahnya?" Jawab Nabi s.a.w.:" Pernahkah kau melihat ayahmu menyembelih kambing daripada kambing-kambing peliharaannya yang gemuk?" Jawabnya:" Ya, wahai Nabi!". Nabi bersabda lagi:" Ayahmu akan melapah dagingnya lalu disuruh ibumu membawa bekas untuk diletakkan daging2 itu".

Arab itu berkata:" Tentulah daging yang banyak itu akan mengenyangkan kami sekeluarga, wahai Nabi!". Jawab Nabi s.a.w.:" Demikianlah sebiji buah itu mampu mengenyangkan semua keluarga kamu!". - Al Musnad 4/184, Hayatus Sahabah 3/384, Bab Arab Badwi bertanya tentang buah-buahan di dalam syurga. LANJUT