Monday, September 22, 2008

ADAB DOA 2



(dipetik dari zahazan blog)


1. Berdoa dengan ikhlas kepada Allah .

2. Memulakan dengan pujian kepada Allah , diikuti dengan salawat ke atas Nabi saw. Sekurang-kurang kalimah pujian kepada Allah dan selawat adalah AlhamdulilLah dan wassalatu wassalam ala Rasulillah:

3. Mengakhiri Doa dengan Pujian kepada Allah dan salawat kepada Nabi saw juga.

4. Bersungguh-sungguh ketika berdoa , menghadirkan hati dan meyakinkan diri pada penerimaannya oleh Allah swt .

5. Berdoa dengan khusyu’ dan rendah diri .

6. Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat ke dua tangan .

7. Berdoa dengan sabar menanti Dimakbulkan Allah . Sikap terburu-buru mengakibatkan Doa ditolak .

8. Sentiasa berdoa pada setiap masa,samada ketika senang atau susah. Perkara ini berdasarkan firman Allah swt dalam surah al-Anbiya` ayat 60 yang bermaksud : Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah).

9. Tidak berdoa tentang perkara keburukan, seperti mendoakan kecelakaan bagi orang lain dan memutuskan silaturrahim. Nabi saw bersabda yang bermaksud : Doa seseorang hamba akan sentiasa dikabulkan selama dia tidak berdoa untuk berbuat dosa atau memutuskan silaturrahim ...( HR Muslim)

10. Tidak berdoa pada tempat maksiat.

11. Merendahkan suara , kerana Allah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 205 :Maksudnya : Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

12. Berdoa dengan mengulangkan Ya Rabb sebanyak 3 kali . Diriwayatkan daripada Atha` ra , beliau berkata , tidaklah seseorang hamba mengatakan Ya Rabb sebanyak tiga kali , melainkan Allah akan mendengar permintaannya . Al-Imam Malik pernah ditanya tentang panggilan kepada Allah dalam doa , jawab beliau katalah : Ya Rabb , kerana itulah panggilan para Nabi as kepada Allah dalam munajat mereka .

13.Doa juga perlu selalu diulang-ulang. Baginda selalunya mengulangi satu-satu doa sebanyak tiga kali.

14. Mengadap ke arah kiblat .

15. Mengangkat ke dua belah tangan semasa berdoa

16. Berdoa dalam keadaan Berwudhuk .

17. Hendaklah bertaubat serta beribadat kepada Allah sebelum memohon hajat.

18. Tidak bersajak dalam berdoa dengan tujuan diperindahkan bagi orang yang mendengarnya .

19. Menggunakan ayat yang ringkas tapi padat dengan makna ( al-jami’).

20. Menyeru Allah swt dengan nama-namaNya yang mulia iaitu Al-Asmaul Husna .

21. Makanan dan Minuman mestilah dari sumber yang halal , kerana Allah menolak doa oleh orang yang makan dan dibesarkan dari sumber yang haram.

22. Hendaklah melakukan Al-Amru bil Ma’ruf wan Nahyi anil Munkar . Sabda Nabi saw yang bermaksud : “Demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya, hendaklah kalian menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perkara yang munkar atau , jika kalian tidak melakukannya Allah akan menurunkan siksa kepada kalian , hingga apabila kalian berdoa kepadaNya , tetapi tidak dimakbulkan”.( HR at-Tirmizi, dianggapnya sebagai hasan)

23. Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan bagi orang yang lain.

24. Menghimpunkan anak-anak jari kesemuanya melainkan jari ibu kerana kesemua itu menghimpunkan kebaikan dunia dan akhirat.

25. Menyapu Muka Dengan tangan Selesai Berdoa . Umar bin Khattab pula menceritakan, apabila baginda mengangkat kedua belah tangannya berdoa, baginda tidak akan menjatuhkannya sehinggalah disapu mukanya dengan kedua belah tangan tersebut. (HR at- Tirmizi dan al-Hakim)

26. Mengaminkan Doa yang dibacakan .

No comments: